MELAKA: Seorang bekas eksekutif akaun sebuah syarikat dihukum penjara 24 tahun oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini hari ini atas enam pertuduhan pecah amanah dan menyalahgunakan wang milik majikannya berjumlah RM680,108.13, empat tahun lepas.
Tan Siau Ling, 43, mengaku bersalah terhadap kesalahan itu dalam dua prosiding berasingan di hadapan Hakim Mohd Sabri Ismail dan Hakim Darmafikri Abu Adam.
Mengikut kertas pertuduhan, wanita terbabit yang ketika itu bekerja sebagai eksekutif akaun di syarikat Hap Yeng Seng Sdn Bhd didapati melakukan pecah amanah dengan memindahkan wang daripada akaun United Overseas Bank milik syarikat itu ke dalam beberapa akaun bank milik peribadi dan bekas suaminya berjumlah keseluruhan RM680,108.13.
Dia dituduh melakukan kesalahan itu di syarikat Hap Yeng Seng Sdn Bhd, Jalan PM 5, Plaza Mahkota Melaka di sini antara 24 Mei 2019 hingga 23 Okt 2019.
Tan didakwa di bawah Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara minimum satu tahun dan maksimum 14 tahun serta dengan sebat dan juga boleh dikenakan denda.
Pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Nazrin Ali Rahim dan Rashidah Baharom mencadangkan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat selain mengambil kira kerugian dialami syarikat berkenaan.
Bagaimanapun, peguam Nur Atifah Kamal Effendi yang mewakili tertuduh memohon agar mahkamah menjatuhkan hukuman penjara minimum memandangkan Tan yang juga ibu tunggal telah insaf dan menanggung tiga anak yang masih bersekolah serta ibunya yang uzur.
Nur Atifah turut memberi alasan tertuduh melakukan tindakan sedemikian kerana terdesak selepas terpedaya dengan sindiket pelaburan palsu dalam talian.
Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara empat tahun bagi setiap pertuduhan dan berjalan serentak dari tarikh tertuduh ditangkap pada 20 Jun 2023.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 02 2024
Tan didakwa di bawah Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara minimum satu tahun dan maksimum 14 tahun serta dengan sebat dan juga boleh dikenakan denda. - Gambar hiasan
OpenAI umum aplikasi desktop untuk ChatGPT, boleh akses pantas ketika lakukan tugasan
Aplikasi desktop ini diperkenalkan terlebih dahulu untuk pengguna berbayar MacOS, dan dijangka diperluaskan kepada pengguna Windows tidak lama lagi.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.05 pagi, FBM KLCI turun 1.24 mata kepada 1,601.67 daripada 1,602.29 semalam.
Polis tumpas kegiatan proses arak tiruan, rampasan lebih setengah juta ringgit
Secara keseluruhan, 1,683 liter alkohol dirampas dalam serbuan itu selain sebuah kereta jenis Toyota Estima disita.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Dolar AS kekal stabil walaupun terdapat laporan mengenai jangkaan inflasi yang lebih tinggi menjelang pengumuman data penting AS.
Rungutan beras berkurang berbading peringkat awal - Mat Sabu
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata rungutan beras berkurangan sedikit berbading peringkat awal. #AWANInews
Piala Belia: FAM pandang serius insiden gaduh aksi Melaka, Sri Pahang
FAM sudah terima laporan lengkap kejadian yang disifatkan sebagai tidak beradab itu dan akan menentukan bentuk hukuman sewajarnya.
Kadar SSL daging ternakan ruminan di Malaysia bawah 20 peratus - Mat Sabu
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata kadar tahap sara diri (SSL) daging ternakan ruminan di Malaysia bawah 20 peratus. #AWANInews
30 hari bicara kes pegawai kanan polis bunuh pelajar
Hakim Datuk Bhupindar Singh Gucharan Singh Preet, menetapkan tarikh perbicaraan itu bermula 4 November 2024 hingga 17 Januari 2025.
[KOLUMNIS] Apakah Kedah negeri berdaulat?
Pada kurun ke-18, Kedah memiliki kedaulatan ke atas wilayah yang dikuasainya dan penduduk Kedah sendiri mengakui Sultan sebagai pemerintah.
Pecut kereta, polis pengiring KM Melaka selamat daripada dihempap pokok
Kenderaan yang dipandu Koperal Mohd Hafifi Kadrai bersama rakan setugasnya, Koperal Wira Putra Johari berada di depan tiga kenderaan rombongan termasuk yang dinaiki Ab. Rauf.
Akauntan rugi RM776,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Seorang akauntan kerugian RM776,000 selepas dipercayai ditipu sindiket pelaburan tidak wujud, bermula Oktober tahun lepas.
Wanita dipenjara 24 tahun seleweng wang syarikat lebih RM680,000
Tan Siau Ling, 43, mengaku bersalah terhadap kesalahan itu dalam dua prosiding berasingan di hadapan Hakim Mohd Sabri Ismail dan Hakim Darmafikri Abu Adam.
Pengarah syarikat ditahan kes tipu pelaburan RM11 juta
Lelaki berumur 57 tahun itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di IPD Kota Setar, kira-kira pukul 4.30 petang semalam.
Kerani pemasaran rugi lebih RM700,000 diperdaya pelaburan mata wang asing palsu
Wanita itu dipercayai mengetahui mengenai pelaburan saham mata wang asing tersebut setelah diperkenalkan oleh kenalan lamanya sejak 2017.
Masyarakat pelaburan diminta waspada, penipuan firma klon meningkat - SC
Penipu berkenaan antara lain menggunakan nama dan logo pengantara pasaran modal yang sah untuk mempromosikan skim pelaburan palsu.
Orang ramai diminta waspada dengan tawaran pelaburan palsu guna nama, logo ASNB
Baru-baru ini wujud penyebaran mesej menerusi aplikasi WhatsApp menggunakan nama 'ASNB Group' bertujuan memperdaya orang ramai membuat pelaburan dalam pakej pelaburan palsu.